Loading...

Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Loading...
Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis
link : Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Baca juga


Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis


Kepercayaan terhadap ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat nilai kedaulatan undang-undang semakin terhakis.

Menurut Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ini rentetan daripada penarikan semula dua kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Ia menimbulkan persoalan ramai terhadap sejauh mana institusi teras dalam negara ini benar-benar bersih daripada pengaruh pihak luar dalam menentukan tindakannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Nik Mohamad Abduh berkata, kerajaan sering melaung-laungkan slogan kedaulatan undang-undang dengan gagasan mereformasi institusi perundangan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Namun, soalnya, apakah sebuah kedaulatan undang-undang itu terpakai hanya untuk melindungi mereka yang berkuasa, sedangkan perbicaraan kes rasuah Menteri Kewangan tersebut baru pada fasa awal setelah melalui penyiasatan sejak 2016.

"Jika pihak tertuduh yakin berada pada pihak yang benar, sewajarnya kes yang berprofil tinggi ini dibicarakan sehingga diputuskan oleh sebuah Mahkamah yang bebas, bukannya ditarik balik oleh Peguam Negara," katanya.

Itu katanya, makna sebenar di sebalik hasrat Kerajaan PH mengangkat slogan kedaulatan undang-undang.

Malah, jelasnya selain dilihat wujudnya campur tangan, pengguguran kes ini menimbulkan persepsi bahawa pihak tertuduh tidak berani berhadapan dengan perbicaraan.

"Selain kekaburan terhadap janji reformasi tersebut, saya juga berpandangan pengguguran kes ini akan berkait dengan kredibiliti penyiasatan SPRM," katanya.

Jelasnya, persoalan ini semua masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat.
Katanya, kesemua perkara ini jelas memberi gambaran implikasi terhadap pengguguran kes berprofil tinggi dalam negara kita.

"Lebih malang lagi, ia bukan sahaja membelakangi janji reformasi pihak Kerajaan terhadap rakyat, bahkan telah menyebabkan institusi-institusi tersebut mengalami defisit keyakinan oleh rakyat hari ini," katanya. - SH


Thus Article Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Itulah artikel Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kepercayaan-terhadap-ketelusan-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis"

Catat Ulasan

Loading...