Loading...
Tajuk : Sathia bidas mutu pengadilan
link : Sathia bidas mutu pengadilan
Sathia bidas mutu pengadilan
ARKIB : 05/12/2007
KORAT - Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun negara, B. Sathianathan membidas mutu pengadilan bola sepak lelaki pada Sukan SEA Korat yang menyaksikan ayam tambatannya, Zaquan Adha Radzak dikenakan kad kuning kedua sekali gus terlepas perlawanan penentuan Kumpulan B menentang Singapura, Sabtu ini.
Katanya, mutu pengadilan yang tidak konsisten dan kadangkala menghukum pemain dengan cara yang tidak setimpal dengan kesalahan, menyulitkan banyak perancangan rapi pasukan untuk memburu salah satu tempat ke separuh akhir.
“Zaquan cuma merebut dan menerjah bola dari sisi seorang pemain Laos (kelmarin) tetapi pengadil terus layangkan kad kuning. Ada beberapa insiden Laos dibiarkan begitu sahaja, begitu juga ketika menentang Vietnam (Sabtu lalu).
“Saya semakin sulit untuk menyediakan pasukan apatah lagi misi kami ialah mesti menang selepas beberapa tonggak tercedera seperti Azi Shahril Azmi, Daudsu Jamaludin dan Chun Keng Hong,” katanya di Perkampungan Atlet Sukan SEA Korat, semalam.
Katanya, keadaan mereka masih dipantau, empat hari menjelang aksi menentang Singapura.
“Tidak logik kalau saya mengarahkan pemain jangan menerjah lawan langsung. Syukurlah kita dapat semula Aidil Zafuan Radzak (selesai menjalani penggantungan dua perlawanan ekoran Kelayakan Piala Dunia),” katanya.
Malaysia mengumpul tiga mata selepas membenam Laos 4-0 dan dikalahkan Vietnam 3-1 untuk mengekori Singapura yang seri 0-0 dengan Laos dan mengalahkan Vietnam 3-1 sekali gus masih membuka peluang kepada kesemua pasukan Kumpulan B untuk ke separuh akhir.
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2ippFFa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Sathia bidas mutu pengadilan
Itulah artikel Sathia bidas mutu pengadilan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sathia bidas mutu pengadilan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/sathia-bidas-mutu-pengadilan.html
0 Response to "Sathia bidas mutu pengadilan"
Catat Ulasan