Loading...

Malaysia hebat – Avramovic

Loading...
Malaysia hebat – Avramovic - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia hebat – Avramovic, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia hebat – Avramovic
link : Malaysia hebat – Avramovic

Baca juga


Malaysia hebat – Avramovic



ARKIB : 06/12/2007

KORAT – Kapten Singapura, Baihakki Khaizan mengakui, mereka sepasukan semakin bersemangat untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Korat selepas mengukir kejayaan gemilang dengan menumbangkan naib juara 2005, Vietnam 3-2 dalam perlawanan Kumpulan B, Isnin lalu.

Katanya, corak permainan mantap dan diiringi keserasian padu itu wajar diulangi apabila mereka turun melayani Malaysia di Stadium Surapala Keetha Sathan Universiti Teknologi Suranaree di sini, Sabtu ini.

“Corak sedemikian wajar dikekalkan apatah lagi kami bermain dengan 10 orang kerana kad merah hampir setengah jam permainan,” katanya di Perkampungan Atlet, semalam, menjelang pertemuan dengan skuad bimbingan B. Sathianathan itu.

Menurut Baihakki, semua orang tahu pertemuan Malaysia-Singapura sentiasa getir malah tiada siapa pun yang mampu mendabik dada bahawa mereka lebih mudah ke separuh akhir termasuk Laos yang menduduki tempat tercorot kumpulan setakat ini dengan satu mata.

Katanya, Malaysia memiliki sedikit kelebihan kerana gandingan dan persefahaman mereka yang dibentuk sejak sebelum Pestabola Merdeka, Ogos lalu malah sentiasa mendapat pendedahan.

“Cuma saya dan Khairul Amri yang merupakan pemain berpengalaman kali ini jika dibandingkan Malaysia,” katanya.

Pendapatnya turut disokong oleh jurulatih Singapura, Radojko Avramovic dari Serbia yang menyifatkan Malaysia lebih berpengalaman kerana ramai pemain beraksi pada Kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain pada 21 dan 28 Oktober lalu.

“Semua pemain perlu diawasi,” katanya tanpa mahu merujuk ayam tambatan B. Sathianathan, Safee Sali.

Malaysia menewaskan Singapura 3-1 pada separuh akhir Pestabola Merdeka Ogos lalu sebelum menjulang trofi dengan menewaskan Myanmar 3-1.

– Utusan

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2gW1laC
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia hebat – Avramovic

Itulah artikel Malaysia hebat – Avramovic Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia hebat – Avramovic dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/malaysia-hebat-avramovic.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia hebat – Avramovic"

Catat Ulasan

Loading...