Loading...

Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti

Loading...
Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti
link : Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti

Baca juga


Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti


SEORANG model remaja berusia 14 tahun dari Rusia disahkan meninggal dunia selepas mengalami keletihan yang melampau akibat bekerja tanpa henti selama 12 jam ketika berada di China.

Vlada Dzyuba dikatakan telah rebah secara tiba-tiba dan dilaporkan koma sebelum dia terus beraksi di pentas peragaan ketika mengambil bahagian dalam satu pertunjukan fesyen hasil rekaan pereka Asia di Shanghai, China.

Ketika dia sedang menantikan giliran untuknya melakukan ‘catwalk’, suhu badannya naik secara mengejut. Namun, beberapa minit kemudian dia jatuh pengsan dan terus tidak sedarkan diri.

Ambulan telah sampai di tempat kejadian dan terus menggegaskan remaja itu ke hospital. Namun, Vlada telah disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Doktor telah mengesahkan penyebab kematian awal gadis itu adalah disebabkan menderita penyakit meningitis yang bermaksud keletihan yang amat teruk.


“Dia memanggil saya, berkata ‘Mama, saya sangat penat. Saya sangat ingin tidur’.

“Ia sememangnya permulaan penyakitnya…dan kemudian suhunya naik.

“Saya tidak tidur dan memohon berkali-kali agar dia pergi membuat pemeriksaan di hospital,” kata ibunya, Oksana, dipetik dari The Siberian Times.

Difahamkan juga, model muda itu sepatutnya mempunyai kontrak yang membolehkan dirinya bekerja maksimum hanya tiga jam seminggu.

Namun, dia berasa sangat takut untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana masih lagi terikat dengan kontraknya.

Ibu gadis malang itu telah cuba untuk mendapatkan visa untuk bersama-sama menemani anaknya namun usaha itu menemui jalan buntu.

Dengan berita kematian itu, orang ramai telah mempersoalkan penggunaan buruh kanak-kanak dalam industri fesyen di China.

Selain memilih model muda dari Rusia, beberapa agensi model di China turut mencari gadis dari Siberia untuk dijadikan model bagi majis-majlis tertentu.

Vlada telah terpilih untuk diwakili oleh sebuah agensi model terkenal di negara Tembok Besar itu.

Gadis malang itu juga mempunyai ‘personal admin’ yang dikenali sebagai Dmitry Smirnov, bagi mendapatkan khidmat perubatan namun tidak diketahui apa sebab utama dia memerlukan pembantu peribadi.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendaptkan maklumat mengenai kematian mengejut gadis itu. – MYNEWSHUB.CC/AH


Thus Article Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti

Itulah artikel Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/model-muda-maut-kerja-12-jam-tanpa-henti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti"

Catat Ulasan

Loading...