Loading...
Tajuk : Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput
link : Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput
Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah meninggal dunia selepas bilah pisau pemotong rumput telah ‘terbang’ dan tertusuk dadanya.
Insiden yang diklasifikasikan sebagai kemalangan itu berlaku pukul 5:30 petang semalam di Kubang Rotan, Alor Setar.
Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Murad, sebelum kejadian berlaku, dia sedang mengasah mata pisau mesin rumput di luar rumah.
Tambahnya lagi, dia langsung tidak sedar dengan kehadiran Nur Aliya Syifa yang berada hanya lima meter daripada tempat dia mengasah mata pisau mesin rumputnya.
“Segala-galanya berlaku dengan sangat pantas. bilah pertama telah terkena sebuah kereta sebelum ianya melantun dan terus terpacak pada dada anak saya,” katanya dipetik daripada New Straits Times.
Kata Murad, kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertuanya di Kampung Tanjung dekat Alor Setar.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu merupakan seorang yang periang dan bersekolah di Tadika Kampung Batin, Kedah.
Selepas kejadian itu berlaku, kanak-kanak segeras digegaskan ke sebuah Klinik 1Malaysia bagi mendapatkan rawatan, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Namun, kanak-kanak itu sudah pun meninggal dunia di hospital.
“Jenazah anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, jam 11 pagi tadi,” katanya yang masih trauma dan enggan ditemubual lebih lanjut.
Dilaporkan, Murad dan isterinya telah jatuh pengsan selepas mendapat tahu mengenai berita kmatian anak mereka itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin telah mengesahkan kejadian itu sebagai kes kematian mengejut. – MYNEWSHUB.CC/AH
Thus Article Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput
Itulah artikel Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/budak-5-tahun-maut-dada-tertusuk-bilah.html
0 Response to "Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput"
Catat Ulasan