Loading...

Malaysia kejutkan Ireland dan Poland

Loading...
Malaysia kejutkan Ireland dan Poland - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia kejutkan Ireland dan Poland, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia kejutkan Ireland dan Poland
link : Malaysia kejutkan Ireland dan Poland

Baca juga


Malaysia kejutkan Ireland dan Poland



ARKIB : 03/07/2007
LYON – Malaysia menamatkan kempen mereka dengan bergaya apabila mengejutkan Ireland dan Poland dalam dua perlawanan terakhir mereka di peringkat klasifikasi untuk mencipta pengakhiran terbaik negara dalam sejarah kejohanan bola sepak Piala Negara-negara Danone di sini yang tamat semalam.

Malaysia, yang diwakili oleh pasukan dari Pulau Pinang, mencipta pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat ke-17 daripada 40 pasukan yang bertanding. Ini merupakan satu lonjak besar berbanding ketika kali pertama bersaing tahun lepas di mana mereka menduduki tempat ke-29.

Dianggap sebagai kejohanan utama bagi peringkat usia Bawah-12, kejohanan ini diiktiraf oleh FIFA dan mendapat sokongan Kementerian Pelajaran dan Persatuan Bolasepak Malaysia.

Dalam perlawanan terakhir mereka di peringkat klasifikasi semalam, skuad negara, meneruskan prestasi baik mereka sepanjang dua hari sebelumnya dengan mempamerkan semangat melawan yang menjadi faktor kejayaan mereka di sini.

Dalam perlawanan pertama untuk penentuan tempat ke-17/20 Malaysia menundukkan Poland 1-0 dan sekali lagi ketua pasukan dan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad yang menghasikan gol kemenangan.

Syafiq menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Cameroon dan Indonesia pada dua hari pertama kejohanan.

“Pemain-pemain kita benar-benar hebat, mereka memberikan saingan sepanjang perlawanan dan memang berhak menang ke atas Poland dan kemudian Ireland,” kata pengurus pasukan Isa Jantan.

Selepas menang ke atas Poland, Malaysia kemudiannya bersemuka dengan pasukan pilihan Ireland dan gol oleh Muhammad Asyraf Mohd. Halim dan Mohamed

Fareza Amar Kasim memastikan penamat yang membanggakan buat skuad negara.

Secara keseluruhan, sepanjang tiga hari kejohanan, pemain-pemain kecil negara memenangi lima, seri dua dan hanya kalah sekali iaitu kepada England, menjadikan mereka sebagai pasukan kedua terbaik di kalangan negara Asia di belakang Jepun

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2x9MzlL
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia kejutkan Ireland dan Poland

Itulah artikel Malaysia kejutkan Ireland dan Poland Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia kejutkan Ireland dan Poland dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/malaysia-kejutkan-ireland-dan-poland.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia kejutkan Ireland dan Poland"

Catat Ulasan

Loading...