Loading...

Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat

Loading...
Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat
link : Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat

Baca juga


Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat


GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas terjatuh dari rumahnya di Tingkat Lima Flat Desa Relau 1 dekat sini hari ini.

N.Keshvin dilapor terjatuh dari tingkap bilik rumahnya ketika dipercayai cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal yang tersangkut di ampaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (1) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Supt Izwan Abdul Karim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak berkenaan dilapor membuka jeriji tingkap bilik itu dan membuang basikal melalui tingkap itu.

“Basikal yang dibuang dari tingkap itu dikatakan tersangkut di ampaian dan kanak-kanak itu cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal itu.

“Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor kritikal tetapi stabil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dilapor terjatuh di kawasan meletak kenderaan flat itu dan ditemui oleh penduduk flat berkenaan.

Izwan berkata semasa kejadian ibu kanak-kanak itu keluar untuk mengambil anak keduanya berusia enam tahun di sebuah tadika di Sungai Ara dan meninggalkan anak bongsu dari tiga beradik itu bersendirian di dalam rumah kerana sedang tidur di bilik utama.

Beliau berkata ibu mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian itu daripada jiran yang menghubunginya dan menurut ibunya Keshvin adalah seorang yang hiperaktif. – BERNAMA


Thus Article Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat

Itulah artikel Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/kanak-kanak-parah-jatuh-tingkat-5-flat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat"

Catat Ulasan

Loading...