Tajuk : Ramadhan Duludulu
link : Ramadhan Duludulu
Ramadhan Duludulu
Assalamualaikum WBT warga IIUM. Salam Ramadhan. Sebelum aku menyambung nukilan aku ni, baiklah aku kenalkan dulu diri aku. Aku Iz, 24 tahun dan bukan alumni atau warga IIUM. Sebenarnya ,aku tak dapat nak tidur. So, aku decide untuk buat confession.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak susah, tapi sekarang dah stable sikit. Syukur alhamdulillah. Background aku, memang membesar di pekan. Mak Abah aku dah latih aku berpuasa seawal 6 ke 7 tahun. Start dengan puasa setengah hari. Dah besar sikit, mak aku suruh puasa penuh. Rules kat rumah aku, kalau tak puasa, tak boleh makan sekali masa orang dah berbuka.
So, aku masa kecik agak nakal jugak lah. Yelah, pergi main kat hutan, panjat pokok, main kejar-kejar, layang-layang, baling tin, panjat pokok dan macam-macam lagilah benda common yang budak-budak kampung buat. So, ada satu harini ni aku masa puasa, pergi lah bermain kat bawah rumah. Masa ni aku sekolah rendah. Tak akhil baligh lagi. So, jiran aku ajak lah main kejar-kejar. Diorang ni tak puasa. Mak diorang tak wajibkan diorang puasa. Dipendekkan cerita, aku jadi yang mengejar.(Aku dah lupa dah terms yang kena guna).
Kejar punya kejar. Aku pun penat. Hausnya, tuhan je yang tahu. Aku apa lagi, balik rumah lah. Tapi sebab kan aku Tarik diri, ada sedikit denda. Diorang pergi gesek kepala aku guna genggaman tangan diorang. Tiap orang weh. Sebab style kat kampung aku dulu, kalau tak nak kena denda. Kita aka nada rematch. Kiranya esok nya kena main lagi. Macam berantai derr.
So aku terima denda tu dengan tidak ikhlas hatinya. Then masa kat rumah. Sumpah, haus nye aku rasa macam tak minum sebulan. Kalah kanak-kanak kat afrika. So, aku pergi ke tandas. Kumur-kumur skit. EHhhh, tertelan!!!
Seteguk, dua teguk, tiga teguk. Legaaaaa weh..then baru sedar.syaiton dah kena ikat masa tu. Lawak gak lah, bila ingat balik. Berdosa sangat. Tapi tulah, I keept it my dirty little secret. Kelegaan dari nikmat haus sementara.
Masa nak buka posa, ofcourse lah aku acah busy kat dapur. Fake giler masa tuh. Aku dah lah suka suasana rumah aku masa nak buka. Mak aku tak pernah tak huru hara.
Abang,,,,,,siapkan air tu
Alang, mana pinggan nyerr??
Makan TV tu. Makan buat lauk berbuka..
Apapun itu menjadi pengajaran untuk aku lah. Memang best nak pergi main kat luar masa puasa. Tapi, berpada-padalah. Sekarang dah besar panjang, komfem lah puasa full kan. Well, my point is bila kau dah start puasa dari kecik, kau takkan kekok bila dah besar. Aku tengok jiran aku, remaja kat kampung aku ada je slumber merokok masa puasa. So,pada adik-adik kat luar tu. Jangan ikut perangai abang ye. Acah seteguk, dua teguk, tiga teguk bagai. Puasa dari kecik mengajar dan melatih kita untuk tahan dan rasa penderitaan orang susah.Abang masa kecik dulu selalu set kat fikiran, buat apa aku nak puasa, aku ni dah lah orang susah. Tengok si Polan tu, slumber je makan depan aku. Lols Sesungguhnya, ada lagi yang lebih susah dari kita. Selamat berRAMADHON
Izz
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smHjg0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ramadhan Duludulu
Anda sedang baca artikel Ramadhan Duludulu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ramadhan-duludulu.html
0 Response to "Ramadhan Duludulu"
Catat Ulasan