Loading...

Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak

Loading...
Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak
link : Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak

Baca juga


Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PASIR GUDANG: Seorang remaja cedera parah akibat ditetak gara-gara tindakannya menegur dua lelaki yang memasang muzik kuat daripada pembesar suara kereta di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam di sini, awal pagi semalam. 
 
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi, remaja yang berusia 17 tahun itu diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.
 
Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua suspek memasang lagu dan muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang di parkir di kawasan flat.
 
"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.
 
"Sekumpulan lelaki kira-kira 15 orang mengerumuni mangsa. Beberapa suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya dipetik Berita Harian.
 
Jokhiri berkata, semua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.
 
Menurutnya, mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI)  dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.
 
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata)," katanya.
 
Katanya, sehingga ini belum ada tangkapan dan pihak polis sedang giat memburu suspek.
 
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya



Thus Article Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak

Itulah artikel Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/gara-gara-tegur-pasang-muzik-kuat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gara-gara tegur pasang muzik kuat, remaja parah ditetak"

Catat Ulasan

Loading...