Loading...
Tajuk : Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!
link : Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!
Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!
LETUPAN bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian pada jam 5 petang Selasa itu selepas siasatan dilakukan oleh Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.
“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Portal MyMetro sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga pekerja tapak pembinaan MRT dekat bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, cedera parah dalam kejadian letupan petang semalam.
Difahamkan, dua daripada pekerja berkenaan terputus kaki.
MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.
Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan merupakan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah. – myMetro Online
Thus Article Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!
Itulah artikel Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/bom-perang-jepun-punca-letupan-3-staf.html
0 Response to "Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!"
Catat Ulasan