Loading...
Tajuk : Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master
link : Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master
Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master
KESUNGGUHAN seorang wanita Noxolo Ntusi, 26, yang cuba melawan dan mempertahankan begnya daripada diragut penjenayah telah mengejutkan ramai.
Apa tidaknya dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan tesis yang disimpan di dalam begnya itu meskipun ketika itu berada dalam bahaya.
Ntusi, ketika itu sedang berjalan balik ke rumahnya di sebatang jalan yang sunyi di Johannesburg, Afrika Selatan apabila tiba-tiba seorang lelaki keluar dari sebuah kereta dan cuba merampas beg yang dibawanya.
Namun Ntusi enggan mengalah walaupun kepalanya diacu dengan pistol. Nasib baik pencuri melarikan diri apabila ada kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan, jika tidak sudah tentu nyawanya melayang.
Menurut Ntusi, beg itu mengandungi tesisnya untuk kajian molekul zoology di peringkat master.
“Jika tesis ini hilang maka saya terpaksa menyambung lagi pengajian sehingga tahun depan. Ketika itu saya hanya terfikirkan master saya. Saya hampir menyiapkannya,” kata Ntusi. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master
Itulah artikel Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/wanita-bergelut-peragut-demi-tesis.html
0 Response to "Wanita Bergelut Peragut Demi Tesis Untuk Master"
Catat Ulasan