Loading...
Tajuk : Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar
link : Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar
Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar
SEBUAH keranda purba berusia 800 tahun telah mengalami kerosakan selepas satu keluarga mengangkat anak mereka ke dalam keranda berkenaan untuk merakamkan gambar.
Ia mengakibatkan keranda itu yang telah pun pecah kepada tiga bahagian, rosak sepenuhnya.
Kejadian itu disedari selepas rakaman CCTV menunjukkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan di Muzium Prittlewell Priory di Southend, Essex.
Mereka yang bertanggungjawab itu kemudiannya melarikan diri.
Keranda dari batu pasir itu ditemui pada 1921 dengan rangka manusia di dalamnya dipercayai sami.
Susulan itu ahli majlis eksekutif di situ, Ann Hollad memberitahu keranda itu perlu dibungkus sepenuhnya bagi mengelakkan kerosakan pada masa depan.
“Kami ingin mengingatkan semua pelawat bahawa mereka perlu mematuhi dan menghormati papan tanda di sini.
“Ia bagi melindungi warisan dan sejarah penting kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar
Itulah artikel Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/keranda-purba-rosak-kerana-pengunjung.html
0 Response to "Keranda Purba Rosak Kerana Pengunjung Mahu Bergambar"
Catat Ulasan