Loading...

Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Loading...
Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat
link : Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Baca juga


Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat


AKIBAT lalai, seorang wanita terpaksa menanggung kerugian sehingga lebih RM100,000 apabila wang tersebut dikatakan lesap dalam masa lima saat.

Wanita tersebut dilaporkan menjadi mangsa ragut ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, Selangor pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika seorang lelaki dikatakan muncul secara tiba-tiba kemudian mendekati meja makan mangsa sebelum merampas tas tangan yang berada di kerusi bersebelahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, sebelum kejadian suspek dikesan keluar daripada sebuah kereta yang terletak berhampiran dengan premis berkenaan.

“Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

“Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM117,630. Menurut keterangan mangsa, wang itu adalah pinjaman daripada saudara-mara dan milik diri sendiri.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, sejurus kejadian,” katanya dipetik Harian Metro.


Tambah Megat, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum lapan lelaki termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

Bagaimanapun, enam daripada lapan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis. Manakala, baki dua lagi suspek yang merupakan warga Indonesia telah direman.

“Semua suspek ditahan di sekitar Seri Kembangan, di sini, Isnin lalu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis, manakala dua lelaki warga Indonesia itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang dilihat keluar daripada sebuah kereta jenis perodua Myvi berwarna perak mendekati premis.

Kemudiannya, merampas beg milik wanita tersebut yang diletakkan bersebelahan tempat duduknya.

“Lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam kereta sebelum melarikan diri. Terdapat sebuah lagi kereta jenis sama berwarna kuning kelihatan mengekori kenderaan dinaiki suspek,” jelas Megat. – http://ift.tt/2xc7oy3


Thus Article Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Itulah artikel Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/wang-tunai-rm100000-lesap-dalam-lima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat"

Catat Ulasan

Loading...