Loading...

2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz

Loading...
2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz
link : 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz

Baca juga


2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz


KUALA LUMPUR – Dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, dua minggu lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Prosiding kes itu yang bermula pada 12.05 tengah hari sehingga 12.25 tengah hari berlangsung di Mahkamah Majistret 7 di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup kerana ia melibatkan kes juvana. Hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara.

Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA


Thus Article 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz

Itulah artikel 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/2-remaja-didakwa-bunuh-21-pelajar-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz"

Catat Ulasan

Loading...