Loading...

SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta

Loading...
SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta
link : SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta

Baca juga


SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang pengurus Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan invois palsu sebanyak AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.
 
Perintah reman bermula hari ini hingga 11 September ini dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas ketiga-tiga suspek tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.20 pagi.
 
Dua lagi individu adalah seorang pengarah sebuah syarikat kontraktor berumur 53 tahun yang difahamkan dilantik untuk melaksanakan projek tersebut serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan yang berumur 28 tahun.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam antara jam 2.40 dan 3 petang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
 
Pengurus PCSB berumur 45 tahun itu ditahan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas KLCC, manakala pengarah syarikat kontraktor ditahan di rumahnya di Batu 9, Cheras.
 
Bekas pembantu tektikal itu pula ditahan di rumahnya di Puncak Alam, Selangor.
 
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui tiga invois syarikat kontraktor itu antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat berkenaan.
 
Difahamkan, tuntutan itu sudah dibayar oleh syarikat cari gali berkenaan kepada syarikat kontraktor terbabit, namun tiada kerja dilaksanakan bagi tuntutan itu. 
 
 


Thus Article SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta

Itulah artikel SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/sprm-reman-tiga-individu-kes-tuntutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM reman tiga individu kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta"

Catat Ulasan

Loading...