Tajuk : 122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka
link : 122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka
122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka
SEKURANG-kurangnya 122 orang terbunuh dalam kejadian banjir lumpur di Sri Lanka selepas dilanda hujan lebat.
Reuters melaporkan, menurut Pusat Pengurusan Bencana hampir 100 orang lagi dilaporkan masih hilang.
Hujan yang berterusan itu memaksa ramai keluarga meninggalkan kediaman mereka manakala lebih 270,000 penduduk di negara itu dilaporkan terkandas.
Angkatan tentera Sri Lanka dan pasukan penyelamat menggunaan bot dan helikopter, namun terdapat beberapa kawasan yang sukar untuk diakses.
Kematian dilaporkan berlaku di pantai barat daerah Kalutara iaitu daerah tengah selatan Ratnapura dan daerah selatan Matara.
Jurucakap polis Piyantha Jayakody berkata, beberapa kes tanah runtuh dan banjir lumpur dilaporkan berlaku di kawasan terbabit.
Sementara itu, pihak tentera Sri Lanka berkata, pihaknya sukar untuk menjangkakan sama ada orang yang hilang akan ditemui hidup selepas dua hari kediaman penduduk ditimbus runtuhan lumpur di selatan dan barat negara ini.
“Saya kurang yakian akan ada yang terselamat dalam kejadian ini,” kata Mejar General Sudantha Ranasinghe yang mengetuai misi mencari dan menyelamat tentera.
Katanya, melihatkan keadaan runtuhan bongkah batu dan juga lumpur memang sukar untuk mangsa terselamat.
Kejadian tanah runtuh menjadi satu perkara biasa pada musim monsun di Sri Lanka berikutan keadaan tanah yang diteroka untuk tanaman seperti teh dan getah.
Pada Mei tahun lalu, lebih 200 orang dilaporkan maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tengah kepulauan itu. Pada 2003, tanah runtuh membunuh sekurang-kurangnya 260 orang. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raNzXd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka
Anda sedang baca artikel 122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/122-terbunuh-akibat-banjir-tanah-runtuh.html
0 Response to "122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka"
Catat Ulasan