Loading...

Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas

Loading...
Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas
link : Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas

Baca juga


Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas



Ada khabar angin mengatakan parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengenal pasti calon untuk berdepan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Pekan.

Calonnya? Tak lain tak bukan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin yang merupakan anak jati Pahang.

Setidak-tidaknya begitulah desas-desus yang menarik perhatian sesetangah pihak. BERSATU bagaimanapun menafikan khabar angin itu.

“Berita palsu,” kata Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Dr Rais Hussin melalui pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab imej ala poster pilihanraya dengan Siti Nurhaliza sebagai calon BERSATU di parlimen Pekan.

Poster itu disebarkan di laman sosial dan turut dikongsi oleh akaun Facebook pro-BN, Friends of BN.

Sin Chew Daily melaporkan pengurus Siti Nurhaliza enggan mengulas apabila ditanya tentang poster itu. Jika benar terjadi, ia bukan kali pertama penyanyi pop dicalonkan oleh pembangkang untuk bertanding pilihan raya.

Siti Nurhaliza yang merupakan ikon dalam industri muzik tanah air sebelum ini dilihat menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengerusi BERSATU.

Pada pilihan raya 2013, PAS meletakkan penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di parlimen Jempol.


Thus Article Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas

Itulah artikel Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/siti-calon-pekan-siti-enggan-ulas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siti calon Pekan? Siti enggan Ulas"

Catat Ulasan

Loading...