Loading...

Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan

Loading...
Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan
link : Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan

Baca juga


Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan

MELBOURNE – Kajian sebuah universiti di Australia mendapati penggunaan ganja untuk tujuan perubatan mampu mengurangkan kekerapan serangan sawan di kalangan kanak-kanak penghidap epilepsi, lapor agensi berita China Xinhua.

Kajian yang diterbitkan Universiti Melbourne pada Khamis mendapati kanabidiol, komponen perubatan pada ganja, berupaya mengurangkan kekerapan serangan sawan dalam kalangan kira-kira 40 peratus kanak-kanak yang mengalami sindrom epilepsi yang teruk.

Tempoh percubaan berlangsung selama 14 minggu melibatkan 120 kanak-kanak yang mengalami Sindrom Dravet, iaitu sawan yang boleh membawa maut, dengan 60 daripada mereka diberikan plasebo dan selebihnya diberikan kanabidiol.

Ingrid Scheffer yang mengetuai kajian itu berkata penemuan itu merupakan pencapaian penting bagi penggunaan produk ganja dalam merawat epilepsi.

“Ia adalah bukti paling kukuh yang menunjukkan bahawa kanabidiol berkesan untuk epilepsi, ia mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan sesetengah ubat-ubatan kami yang lain.

“Ia bukan penawar, tetapi ia sesuatu yang sangat berharga untuk membantu kanak-kanak yang mengalami penyakit yang boleh mengancam nyawa ini,” katanya.

Daripada 60 kanak-kanak yang diberi kanabidiol, 43 peratus mengalami separuh daripada kekerapan serangan sawan yang secara puratanya berlaku 12.4 kali sebulan kepada purata 5.9 kali sebulan.

Secara keseluruhannya, sebahagian besar kanak-kanak dalam kumpulan ini menunjukkan pengurangan kes serangan sawan manakala
tiga kanak-kanak langsung tidak mengalami sawan selepas pengambilan bahan ini.

Sementara itu, purata serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak yang mengambil plasebo juga berkurangan daripada 14.9 kali sebulan kepada 14.1 kali sebulan.
Kadar responder sebanyak 43 peratus, dan lima peratus tidak lagi diserang sawan adalah hasil yang diperolehi dalam kebanyakan ujian ubat-ubatan untuk epilepsi. Kebiasanya ia diuji ke atas pesakit yang mengalami serangan sawan yang tidak dapat dikawal kerana golongan ini amat perlu mencuba sesuatu yang baharu,” kata Scheffer.

Jika ia mampu menghentikan serangan sawan seperti yang berlaku kepada tiga-kanak-kanak yang diuji itu, ia tentu sekali akan mengubah kehidupan mereka, katanya.

Victoria baru-baru ini mengklasifikasikan kanabidiol sebagai ubat yang boleh di preskripsi

Scheffer berkata beberapa kajian penggunaan kanabidiol dijalankan di seluruh Australia sebagai rawatan untuk lain-lain bentuk epilepsi. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qnFdrc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan

Itulah artikel Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/ganja-berkesan-kekerapan-serangan-sawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ganja Berkesan Kekerapan Serangan Sawan"

Catat Ulasan

Loading...