Loading...

Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil

Loading...
Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil
link : Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil

Baca juga


Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil



ARKIB : 21/06/2007

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Merdeka akhirnya berlembut untuk membenarkan skuad kebangsaan dan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) menguji keadaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi perlawanan persahabatan dengan Jamaica pada 28 Jun ini.

Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalullail berkata, kebenaran ini diberi atas permintaan khas terbaru oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan AFC.

“Saya juga mengambil keputusan ini kerana tidak mahu dianggap sebagai penghalang persediaan skuad negara biarpun sebelum ini saya berpegang teguh kepada janji awal untuk menutup stadium sepanjang bulan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Menurutnya, perbadanan juga tidak menghadapi masalah untuk meneruskan perlawanan tersebut biarpun sekiranya hujan lebat melanda yang mungkin membawa risiko kerosakan padang akibat terjahan dan tekanan keras pemain.

Stadium Nasional merupakan gelanggang utama persaingan Kumpulan C Piala Asia dari 7 hingga 29 Julai melibatkan Malaysia, China, Iran dan Uzbekistan selain suku akhir dan separuh akhir. Hanya perlawanan China-Uzbekistan diadakan di Stadium Shah Alam.

Menurut Syed Razlan, pegawai AFC juga mengemukakan rayuan untuk menguji Stadium Nasional kerana mendapati banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam tugas mereka ketika mengendalikan perlawanan persahabatan Malaysia dengan Kemboja di Shah Alam, Isnin lalu.

“Perbadanan juga bersedia membenarkan skuad negara menjalani latihan di situ selepas menentang Jamaica asalkan mereka mematuhi beberapa syarat sekiranya masih ada kawasan padang yang perlu diperbaiki dan dijaga,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xIWe4u
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil

Itulah artikel Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/pertemuan-malaysia-jamaica-di-bukit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pertemuan Malaysia-Jamaica di Bukit Jalil"

Catat Ulasan

Loading...