Loading...

LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA

Loading...
LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA
link : LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA

Baca juga


LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA



LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA!
Pasukan F ditubuhkan oleh PDRM pada Mac 1971 dan diketuai pegawai polis bernama Leong Chee Woh. Pada awalnya pasukan itu terdiri daripada beberapa pegawai dan detektif Cawangan Khas (SB) serta bekas pengganas komunis terpilih.

Misi utama pasukan F ialah menangkap hidup-hidup pengganas komunis bagi mendapatkan maklumat risikan terhadap pergerakan mereka yang bermaharajalela ketika itu.
Awalnya tidak sampai 15 orang dipilih dalam pasukan ini. Namun dalam tempoh 20 tahun perjuangannya, Pasukan F telah berjaya melancarkan berpuluh-puluh operasi termasuk Op Kelah, Op Ular, Op Taloong dan Op Paraku sehingga membawa kepada Perjanjian Haadyai 1989.
Paling membanggakan, hasil kecekapan pasukan kecil yang cuma dianggotai sekitar 164 orang pegawai dan anggota polis ini membolehkan sejumlah 48 orang pengganas komunis ditembak mati, 171 musuh ditangkap di hutan manakala 1,432 orang pengganas lagi diberkas di kawasan dalam dan luar bandar.
Itulah kehebatan dan keberanian Chee Woh dan anak-anak buahnya dalam memerangi anasir-anasir subversif ini.
Kita mungkin anggap orang bukan Melayu tidak mempunyai semangat nasionalisma terhadap negara sendiri, namun Chee Woh berjaya membuktikan tanggapan itu salah sama sekali.
Beliau telah menghabiskan masa berpuluh tahun dalam hidupnya semata-mata untuk menjejaki dan menghapuskan kekejaman yang dilakukan oleh musuh negara ini.
Beliau meletakkan negara lebih utama berbanding dirinya sendiri. Hutan belantara menjadi rumah keduanya. Nyawanya sentiasa berada di hujung tanduk. Bila-bila masa saja dia dan anak-anak buahnya boleh dibunuh atau diseksa disebabkan kerja-kerja risikan dan penyamaran yang mereka lakukan.
'Rahsia' pasukan ini hanya diketahui umum baru-baru ini apabila PDRM akhirnya mendedahkan kewujudan mereka sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap pengorbanan yang mereka lakukan.
Terbaru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan untuk menganugerahkan pingat keberanian kedua tertinggi negara, Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Chee Woh atas sumbangan yang tiada tolok bandingnya ini.
Dia dan anak-anak buahnya adalah wira yang tak didendang tetapi jasa yang mereka taburkan akan terus tersimpan kemas dalam tinta emas sejarah sebuah negara yang merdeka bernama Malaysia.
Salute Datuk Leong Chee Woh dan pasukan F!
Penulis - Syahril A. Kadir


Thus Article LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA

Itulah artikel LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/lelaki-paling-digeruni-komunis-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LELAKI PALING DIGERUNI KOMUNIS TERIMA ANUGERAH KEBERANIAN NEGARA"

Catat Ulasan

Loading...