Loading...

Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?

Loading...
Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?
link : Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?

Baca juga


Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?


PETALING JAYA – Jijik dan menjengkelkan apabila seorang pengunjung sebuah pasar raya di sini menjumpai najis haiwan dalam timbunan ikan bilis.

Ramai netizen menganggap bahawa ia merupakan najis anjing. Gambar itu mula tular apabila pengunjung yang dikenali sebagai Nanmanjoi Hamzah memuat naik gambar tersebut di akaun Facebooknya.

“Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu,” tulisnya dipetik daripada mStar Online.

Seorang jurucakap pasar raya tersebut telah mengesahkan bahawa insiden itu berlaku pada 22 September yang lalu dan baru kini gambar itu mulai hangat tersebar.

Dia bagaimanapun turut menafikan bahawa najis yang dimaksudkan itu bukanlah najis anjing seperti yang digembar gemburkan netizen tempatan.

Sebaliknya ia merupakan hasil kumbahan daripada spesies kucing liar yang sering menyelinap masuk ke dalam pasar raya itu pada waktu malam.

“Ia najis kucing bukan anjing seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Saya mewakili pihak pasar raya ini ingin memohon maaf kepada semua pelanggan atas insiden itu,” katanya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Tambahnya lagi, ikan bilis yang telah tercemar itu sudah dibuang dan ruang penyimpanan ikan bilis berkenaan juga telah dibersihkan.

“Kami terima aduan pelanggan pada pagi 22 September lalu. Sejurus dapat aduan itu kami terus buang (ikan bilis) dan bersihkan lokasi yang dicemari najis itu,” jelasnya lagi.

Pihak pasar raya yang terbabit turut giat menjalankan operasi penangkapan kucing liar yang telah menimbulkan masalah itu.

“Kami kini lebih berhati-hati. Beberapa langkah diambil seperti memastikan semua pintu atau tingkap di tutup rapat dan membuat perangkap bagi memastikan kucing liar tidak masuk ke dalam pasar raya ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah


Thus Article Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?

Itulah artikel Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/pasar-raya-tak-bersih-ada-najis-anjing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasar Raya Tak Bersih, Ada Najis Anjing?"

Catat Ulasan

Loading...