Loading...

AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada

Loading...
AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada
link : AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada

Baca juga


AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada


SEPANG – AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah teruk dikritik netizen yang menuduh syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai seksis.

Maklumat pembatalan dramatik iklan kontroversi berbaur hampir lucah itu disiarkan menerusi satu mesej daripada pasukan komunikasi korporat AirAsia kepada pelbagai portal berita tempatan semalam.

Mesej yang dipetik daripada laman itu berbunyi: “AirAsia menyedari maklum balas yang diterima berhubung iklan yang dipaparkan di laman Facebooknya yang telah dikeluarkan selepas kajian menyeluruh.

“AirAsia ingin memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh iklan itu.” Iklan mengenai kempen promosi secara grafik tersebut memaparkan lukisan seorang wanita yang kelihatan seolah-olah menunjukkan buah dada.


Ayat utama yang tertera ialah “OMG! (ketik untuk lihat)”. Manakala tajuk kecil pada bahagian bawah iklan ‘panas’ tersebut pula berbunyi: “Anda bukan berangan-angan! 10,000 kerusi daripada harga serendah RM99.”

Apabila diketik, imej bersaiz penuh menunjukkan lukisan wanita yang agak teruja memegang angka “99” untuk memaparkan harga promosi istimewa tambang murah ditawarkan operator penerbangan popular berkenaan.

Sebelum itu, syarikat penerbangan Malindo Air pernah menjadi bahan jenaka AirAsia apabila menyiarkan iklan sindiran yang meminta calon pekerja tidak perlu menanggalkan pakaian untuk menjadi petugas kabin pesawat.

Dakwaan liar yang pada mulanya tular dalam kalangan netizen tempatan akhir Mac lalu itu bagaimanapun segera dinafikan oleh pihak pengurusan Malindo Air. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada

Itulah artikel AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/airasia-padam-iklan-papar-angka-di-buah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AirAsia Padam Iklan Papar Angka Di Buah Dada"

Catat Ulasan

Loading...