Loading...

Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS

Loading...
Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS
link : Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS

Baca juga


Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS

 
Najib berkata pembangkang sengaja mensabotaj 1MDB untuk menjejaskan keyakinan pelabur dan cuba menggulingkan kerajaan di ambang pilihan raya umum.


najib-razak-1mdb-malaysia-bandar-sabotaj

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pembangkang sengaja mengadakan kempen mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melemahkan keyakinan pelabur ke Malaysia, lapor Star Online.

“Memang ada kempen yang sengaja mensabotaj syarikat itu untuk menjejaskan keyakinan pelabur dan cuba menggulingkan kerajaan di ambang pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya kepada pelopor industri semasa majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Majlis Perniagaan AS-Asean.

“Saya tahu sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutamanya 1MDB.

“Daripada menyembunyikan isu itu, kami mengarahkan siasatan ke atas syarikat tersebut pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kami.

“Apabila jelas terdapatnya kegagalan, saya mengarahkan supaya syarikat itu dirasionalisasikan. Kemajuan ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki 1MDB kini berkembang maju.”

Najib juga menyeru para pelabur agar tidak “membenarkan suara pembangkang politik mengenai hal itu mengaburi realiti” dan mendakwa beberapa ahli politik pembangkang di negara ini sedang membuat buat huru-hara terhadap isu tersebut.

“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8% pada suku ke-2 tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, akaun semasa melebar dan pelaburan meningkat sebanyak 7.4%.

“Angka terkini juga menunjukkan inflasi berada dalam keadaan terkawal dengan IHP mencatatkan kenaikan hanya 3.2% pada Julai,” katanya lagi.



Thus Article Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS

Itulah artikel Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/najib-selar-pembangkang-di-majlis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib selar pembangkang di majlis bersama tokoh perniagaan AS"

Catat Ulasan

Loading...