Loading...

'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad

Loading...
'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad
link : 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad

Baca juga


'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad enggan mengulas khabar angin tiga wakil rakyat parti itu di Kedah bakal meninggalkan PAS.
 
"Kita tunggu dahulu. Esok-esok mereka keluar baru kita komen," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam, Sinar Harian melaporkan tiga wakil rakyat PAS Kedah akan meninggalkan parti itu selepas dilihat mesra bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH).
 
Ketiga-tiga mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
 
Mahfuz, Amiruddin dan Mohd Nasir kini dilihat semakin menonjol dalam program Pakatan Harapan dan hadir di siri-siri ceramah gabungan pembangkang itu.
 
Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS lantang mengkritik kepimpinan parti itu selepas PAS bertindak memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada 2015 yang lalu.
 
Meskipun mengakui dirinya masih ahli PAS, namun tindakannya mesra-PH menimbulkan resah di kalangan ahli-ahli parti.
 
"Itu biar Jawatankuasa Disiplin. Terpulanglah.. Saya tak mahu komen," ujar Idris lagi.
 
Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan salah laku Mahfuz, dan menyebabkan mereka tidak dapat mengambil tindakan.
 
Mahfuz yang digelar banyak pihak sebagai 'harum manis' pernah digesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk meninggalkan parti atas kelantangannya menyerang parti akibat ketidakpuasan hati dengan keputusan yang dibuat PAS.
 
 


Thus Article 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad

Itulah artikel 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/dah-keluar-parti-baru-komen-kata-idris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad"

Catat Ulasan

Loading...