Loading...
Tajuk : Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik
link : Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik
Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik
JENAYAH ragut kini semakin berleluasa di mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung.
Agak sukar bagi membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya.
Tular beberapa hari lepas di laman sosial memaparkan seorang lelaki telah dicekup oleh orang awam selepas didakwa meragut beg seorang wanita india.
Video berdurasi kurang daripada satu minit itu memaparkan suspek yang tidak memakai baju telah dikerumuni oleh orang ramai yang berada di kawasan kejadian.
Walaupun sudah melakukan jenayah, namun orang ramai dilihat tidak memukul suspek malah boleh dikatakan dia ‘bernasib baik’ kerana masih diberi layanan ‘istimewa’ daripada orang awam.
“Tak payahlah ini orang menyusahkan orang,” teriak salah seorang orang awam.
Difahamkan, seorang lagi individu yang dipercayai rakan komplot kepada suspek berkenaan berjaya meloloskan diri dan meninggalkannya bersama motor yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.
Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan oleh orang awam bagi tindakan selanjutnya.
Insiden yang dipercayai berlaku di Batu Caves itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Di mana rata-rata antara mereka berasa malu dengan tindakan peragut itu dan memuji tindakan orang awam yang tidak bertindak kasar terhadap suspek.
Video yang tular itu sehingga kini dilihat telah mendapat lebih daripada 250,000 tontonan di media sosial.
Hmmm… Nasib kau baik dik, orang ramai tak pukul tapi siap sembang berlembut lagi dengan kau. Ni kalau orang lain mengerang sakit dah kau.
Kalau ye pun nak cari wang dengan ‘express’, bukan ini caranya. Haish memalukan betul! – http://ift.tt/2xc7oy3
Thus Article Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik
Itulah artikel Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/kantoi-meragut-tapi-masih-dilayan-baik.html
0 Response to "Kantoi Meragut, Tapi Masih Dilayan Baik"
Catat Ulasan