Loading...

Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah

Loading...
Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah
link : Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah

Baca juga


Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah


MENCURI, membunuh, merogol dan macam-macam lagi jenayah berat yang kini semakin kerap ‘menghiasi’ dada-dada akhbar bagaikan sudah menjadi perkara biasa.

Baru-baru ini, sebuah portal tempatan menyiarkan video seorang lelaki yang ditangkap ketika menceroboh sebuah rumah pada waktu subuh di sebuah kawasan perumahan di Daerah Batu Pahat, Johor, semalam.

Suspek penjenayah tersebut telah ‘kantoi’ ketika sedang berada di dalam bilik tidur dan perkara itu telah membuatkan pemilik rumah berkenaan naik angin.

Pemuda itu kemudian telah dibelasah oleh tiga orang lelaki dewasa, dengan salah seorang daripada mereka memegang sebatang kayu buluh dan seorang lagi memegang pedang samurai.

Sebanyak empat ‘hayunan sakti’ telah hinggap di badan suspek dan menyebabkan dia terpaksa merayu ihsan memohon maaf agar tidak dipukul lagi.

Namun, alasan yang diberikan oleh suspek sangat tidak masuk akal apabila ditanya tujuan utamanya menceroboh rumah itu sehingga perlu masuk ke bilik tidur.

“Pasal apa kau nak masuk bilik aku? Kau dah sampai dalam bilik tau,” soal tuan rumah kepada lelaki yang tertangkap itu.

“Saya ingatkan nak kejut abang, saya tak tau abang kat situ bang,” jawabnya selamba.

“Oh kalau aku tak ada?” soal tuan rumah lagi.

“Saya keluar bang,” jawabnya penuh yakin.

Mungkin kerana takut dibelasah lebih teruk, sampai terkeluar alasan merepek tu. Tidak dinyatakan pula sama ada lelaki tersebut menceroboh secara sendirian atau berkumpulan.

Kalau dilihatkan pencuri itu kelihatan seperti baru berusia belasan tahun kerana sifatnya yang keanak-anakan dan takut dipukul oleh orang tua kerana telah membuat salah!

“Keluar darah ke, patah ke tak apa. Jangan mati, aku jawab. Kau nak mintak tolong siapa? Dengan aku? Ni makan kau nanti,” tuan rumah itu sambil menunjukkan pedang samurai di hadapan muka suspek.

Tetapi, harus diingatkan bahawa setiap kesalahan akan dihukum mengikut undang-undang. Marah macam mana pun kita, undang-undang juga yang dapat menghukum si penjenayah. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah



Thus Article Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah

Itulah artikel Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/alasan-lawak-pencuri-kantoi-pecah-masuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Alasan ‘Lawak’ Pencuri Kantoi Pecah Masuk Rumah"

Catat Ulasan

Loading...