Loading...

Guangzhou ujian akhir Rajagopal

Loading...
Guangzhou ujian akhir Rajagopal - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guangzhou ujian akhir Rajagopal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guangzhou ujian akhir Rajagopal
link : Guangzhou ujian akhir Rajagopal

Baca juga


Guangzhou ujian akhir Rajagopal



ARKIB : 04/10/2006

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR - Guangzhou, China menjadi medan terakhir buat skuad kebangsaan bawah 20 tahun membuat persiapan terakhir menghadapi pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Belia Asia di Kolkata India dari 29 Oktober hingga 12 November ini.

Tempoh seminggu menjalani latihan di Guangzhou sambil mengharungi dua perlawanan persahabatan itu buat melengkapkan skuad kebangsaan paling ampuh untuk mengulangi pencapaian muncul naib juara pada 1959.

Skuad seramai 22 pemain yang akan berlepas ke Guangzhou pada 14 Oktober ini mempunyai misi penting buat melengkapkan diri dari aspek mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran getir di Kolkata nanti.

Lawan skuad kebangsaan membabitkan pertemuan dengan Vietnam, Arab Saudi dan Iraq dalam Kumpulan D yang dianggap saingan paling getir untuk mencari dua tempat ke suku akhir.

Walaupun tersentak kehilangan dua tonggak utama, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak dan Mohd. Fauzi Ariffin, namun skuad bimbingan K. Rajagopal (gambar) yang menduduki ranking keenam Asia tetap bersemangat untuk melakukan kejutan.

Rajagopal berkata, sesi latihan di Guangzhou lebih kepada latihan persiapan terakhir buat pemain.

‘‘Tempoh seminggu akan saya gunakan untuk memantapkan pasukan mewujudkan persefahaman selain menyemarakkan semangat juang mereka.

‘‘Selain itu, kita akan mengharungi dua perlawanan persahabatan untuk melihat tahap ketahanan fizikal di kalangan pemain,’’ kata Rajagopal ketika dihubungi semalam.

Rajagopal berkata, pada dasarnya skuad bimbingannya telah cukup bersedia mengharungi saingan sebenar di India.

Ujarnya, sesi latihan di Guangzhou akan dapat menilai keupayaan sebenar pemain dari segi fizikal dan mental.

Menurut beliau, sesi latihan sepanjang bulan puasa berjalan seperti biasa sejak pemain mula berkumpul Isnin lepas.

Rajagopal tersentak dengan sesi latihan awal ini apabila mendapat berita kecederaan yang melanda Fardherin Abdul Kadir masih belum pulih sepenuhnya.

‘‘Walaupun kecederaannya tidak begitu serius tetapi saya bimbang jika ia berlarutan. Kini segalanya bergantung pada sesi latihan di sini sebelum berlepas ke Guangzhou,’’ ujarnya.

Anak didik Rajagopal akan berada di Guangzhou sehingga 20 Oktober ini dan empat hari selepas itu mereka akan berlepas ke Kolkata India.

Skuad kebangsaan terpaksa melupakan kemeriahan menyambut satu Syawal bersama keluarga kerana mempunyai misi khas dan dijadualkan berlepas ke India pada 24 Oktober ini.

Malaysia akan membuka kempen pertama menentang Vietnam pada 30 Oktober ini diikuti pertemuan getir menentang Arab Saudi (1 November ini) dan perlawanan terakhir dengan Iraq (3 November ini).

Kesemua aksi Malaysia di Stadium Sree Kanteerava Bangllore, India.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2iUjc59
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Guangzhou ujian akhir Rajagopal

Itulah artikel Guangzhou ujian akhir Rajagopal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guangzhou ujian akhir Rajagopal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/guangzhou-ujian-akhir-rajagopal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guangzhou ujian akhir Rajagopal"

Catat Ulasan

Loading...