Tajuk : “Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal
link : “Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal
“Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal
Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG) miliknya, AC Mizal berkata, dia telah membuat laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menggunakan namanya untuk skim Mface Club ini.
“Jangan guna nama saya dalam urusan perniagaan Mface Club (mfc) untuk menarik orang membeli saham mfc! Saya tidak pernah terlibat dan tidak tahu perjalanan urusan mfc!
“Saya hanya dilantik sebagai Chairman MFace Social Network! Ramai org menggunakan nama saya untuk mencari pembeli dan ini ada lah satu skim penipuan menggunakan nama saya!berhenti menggunakan nama saya untuk skim mfc ini!
“Saya telah membuat laporan polis dan saya akan mengambil tindakan kepada mereka yang menggunakan nama saya untuk skim mfc ini, kepada mereka yang membuat perniagaan skim mfc yang menggunakan nama saya untuk menipu orang ramai,saya akan ambil tindakan polis!#mface #mfc #mbi.
“Pada bloggers & wartawan jangan main tulis tanpa usul periksa, jangan perdayakan pembaca dengan tajuk2 berita anda, saya akan ambik tindakan undang2 kepada kenyataan yang tak berasas dan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan nama dan karier saya,” katanya menerusi laman instagramnya.
Skim piramid Mface Club telah dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima syarikat lain, pada Isnin lalu.
Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sumber: Astro Gempak✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2riZmm3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article “Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal
Anda sedang baca artikel “Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jangan-guna-nama-saya-tarik-orang-beli_51.html
0 Response to "“Jangan guna nama saya tarik orang beli saham Mface Club, saya akan saman” – Datuk AC Mizal"
Catat Ulasan