Loading...
Tajuk : Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar
link : Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar
Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar
ANTARAPOSREMBAU: Sebuah asrama yang menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di sini terbakar dalam satu kejadian, awal pagi tadi.
Kebakaran itu memusnahkan hampir 60 peratus bangunan berkenaan yang diduduki 37 pelajar perempuan.
Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 1.50 pagi tadi.
Kesemua pelajar terselamat namun tiga daripada mereka mengalami asma kerana terhidu asap.
"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.
Norazam memberitahu pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan ketika api sedang marak di separuh bahagian asrama itu.
Api kemudiannya berjaya dikawal 15 minit kemudian dan bomba mengambil masa selama setengah jam untuk memadam keseluruhan kebakaran.
Thus Article Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar
Itulah artikel Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/asrama-pelajar-tahfiz-di-rembau-terbakar.html
0 Response to "Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar"
Catat Ulasan