Loading...

Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor

Loading...
Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor
link : Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor

Baca juga


Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor

 
Oleh YB TUAN HJ SALLEHEN MUKHYI

PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekali gus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka.

PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

Sejak dari awal mandat rakyat ini diperolehi melalui Kerajaan Pakatan Rakyat Mei  2013, PAS Selangor begitu TEGUH DAN SETIA bersama-sama dengan semua Menteri Besar yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apatah lagi dengan Menteri Besar Selangor sekarang, Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali.

 PAS Selangor percaya bahawa KESETIAAN dan KEYAKINAN terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan KESTABILAN POLITIK dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama KEPERCAYAAN RAKYAT dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PAS Selangor telah mempertegaskan sebelum ini bahawa keputusan untuk putus Tahaluf Politik adalah yang berkaitan dengan persediaan menghadapai pilihan raya yang akan datang dan tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri.

PAS Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). Bahkan  akan terus memperkukuhkannya.

PAS Selangor melalui 3 Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka  bersama dengan Dato’ Menteri Besar dan kesemua exco dan wakil rakyat kerajaan Negeri Selangor. Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya.

Menyedari terhadap demografi masyarakat negeri Selangor, PAS akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang. Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujjah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai.

Bagi pihak-pihak yang sering mengeluarkan perkataan sumbang, yang dengki dengan kejayaan Kerajaan Selangor dan yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana konflik politik di Selangor harap dapat mengambil pengajaran dan peringatan terhadap Titah  DYMM Tuanku Sultan Selangor serta meyakini pendirian yang telah dinyatakan oleh Presiden PKR. Teguh dan setia bersama rakyat.

Salam Ramadhan Karim

YB TUAN HJ SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor Darul Ehsan



Thus Article Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor

Itulah artikel Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/titah-sultan-kenyataan-akhbar-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor"

Catat Ulasan

Loading...