Loading...

Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN

Loading...
Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN
link : Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN

Baca juga


Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN

KEPALA BATAS: Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mengembalikan kegemilangan Malaysia jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) menerajui Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas perdana menteri berkata, sekiranya kerajaan di bawah kepimpinan PH ditubuhkan kelak menggantikan BN, kerajaan baharu akan ditadbir dengan “berwibawa” sepertimana pentadbirannya selama 22 tahun sehingga 2003.
“Saya janji, selagi saya ada, sekarang ini saya sudah 92 tahun. Apabila kita tubuh kerajaan baharu, kita akan kembalikan keadaan sebelum kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Kami akan dirikan kerajaan berwibawa dan akan kembalikan negara ini sebagai negara yang dihormati di seluruh dunia,” kata beliau yang juga pengerusi PH dalam ceramah Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat, di Kepala Batas, malam tadi.
Dua hari lalu di Permatang Pauh, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbau kembali gelaran yang pernah diberikan kepada Dr Mahathir iaitu sebagai maha firaun, maha zalim.
Gelaran itu diberikan kepada Dr Mahathir kerana mengkritik cara pentadbirannya yang dikatakan bercorak diktator.
Dr Mahathir yang mengkritik lantang kepimpinan Najib telah keluar dari Umno tahun lalu.
Beliau yang juga pengerusi PPBM memberitahu, beliau bukannya diktator kerana beliau sendiri secara sukarela meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2003.
Dr Mahathir berkata, sekiranya diberikan umur panjang untuk melihat negara ditabdir PH, beliau sendiri sanggup menyumbangkan keringat bagi membawa negara ke arah lebih baik.
“Saya dah 92, hendak bercakap pun tidak larat, hendak berdiri lama pun tidak boleh. Tetapi kalau hendak suruh buat kerja, masih boleh buat kerja. Insya-Allah,” katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan definisi khusus kerja yang dimaksudkan itu. - FMT



Thus Article Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN

Itulah artikel Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tun-m-saya-dah-92-th-selagi-sy-ada-sy.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M: Saya Dah 92 Th, Selagi sy ada, Sy janji MALAYSIA KEMBALI GEMILANG jika Pakatan ganti BN"

Catat Ulasan

Loading...