Loading...

Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara

Loading...
Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara
link : Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara

Baca juga


Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara

Susan Loone


Tiada siapa mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Pakatan Harapan perlu praktikal dalam menentukan siapa yang patut mengetuai gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata semua parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak melupakan kisah
kejayaan Anwar malah pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sendiri tidak mempersoalkan peranan bekas ketua pembangkang itu dalam HARAPAN.

Antara lain, kejayaan Anwar menyatukan parti-parti pembangkang sehingga memperoleh 52 peratus undi popular pada pilihan raya 2013, ketika beliau disebut-sebut sebagai Perdana Menteri.

HARAPAN menerima BERSATU kerana parti itu seolah-olah berkongsi visi yang sama dalam membanteras rasuah dan menggantikan BN di Putrajaya, kata Mujahid.

Bagaimanapun, BERSATU tidak boleh melihat kemasukkannya ke dalam HARAPAN sebagai "segala-galanya".

Ahli Parlimen Parit Buntar selama dua penggal itu berkata demikian semasa majlis berbuka puasa bersama media di Pulau Pinang malam tadi.

Menurut Mujahid, secara moral, Anwar boleh memimpin di penjara tetapi mempersoalkan siapa yang akan memimpin mereka "di medan pentempuran".

Katanya, sebab Itu pembangkang perlu tampil dengan idea mewujudkan PM sementara.

Mujahid, bagaimanapun, enggan menyatakan sama ada partinya akan menerima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM sementara jika HARAPAN menang dalam PRU-14, yang perlu diadakan menjelang Ogos tahun depan.

Mujahid berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada isu calon perdana menteri akan memecah-mecahkan parti pembangkang kerana masing-masing memiliki pilihan mereka sendiri.

Mahathir yang juga pengerusi BERSATU sebelum ini menyatakan beliau mungkin akan mepertimbangkan untuk menjadi perdana menteri semula jika HARAPAN. Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengaku dalam temubual bersama Al-Jazeera bahawa beliau

Sebelum itu, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengakui dalam satu wawancara dengan Al-Jazeera bahawa beliau bersedia untuk menduduki kerusi panas demi Anwar, sehingga suaminya dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan liwat.



Thus Article Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara

Itulah artikel Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/praktikal-bagi-harapan-putuskan-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara"

Catat Ulasan

Loading...