Loading...

Thanabalan tiada magis

Loading...
Thanabalan tiada magis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Thanabalan tiada magis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Thanabalan tiada magis
link : Thanabalan tiada magis

Baca juga


Thanabalan tiada magis



 N. THANABALAN berswafoto dengan penyokong Malaysia selepas skuad
N. THANABALAN berswafoto dengan penyokong Malaysia selepas skuad negara menewaskan Indonesia 1-0, semalam.

28 Ogos 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penyerang Malaysia, N. Thanabalan mengakui dirinya tidak mempunyai kuasa magis untuk menjaringkan gol sebaliknya berusaha keras dalam setiap sesi latihan menajamkan lagi penyudah di hadapan gawang.

Thanabalan sudah meledak empat gol sepanjang kempen Sukan SEA 2017 dengan tiga daripadanya di peringkat kumpulan dan pemain berusia 22 tahun itu dilihat sebagai calon terbaik untuk menjadi penjaring terbanyak Malaysia pada edisi kali ini.

“Saya tidak mempunyai magis cuma berusaha, itu sahaja. Terima kasih kepada penyokong yang hadir memberikan sokongan begitu juga dengan rakan-rakan saya.

“Jaringan saya banyak diperoleh menerusi hantaran lintang dan sepakan sudut. Sekiranya kawan-kawan saya tidak bagi bola macam itu kepada saya, tidak mungkin saya dapat menjaringkan gol.

“Menjadi penjaring terbanyak bukan matlamat utama saya kerana yang penting kita menang demi Malaysia. Itu lagi bagus,” katanya kepada pemberita selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

Tambah penyerang Felcra FC itu, dia mengakui tandukan merupakan senjata kegemarannya berbanding melakukan rembatan kerana beranggapan teknik tersebut lebih tepat dan sukar dibaca oleh penjaga gol lawan.

“Menanduk bola adalah kegemaran saya sebab saya kurang gemar menggunakan kaki. Sebelum ini, sudah banyak jurulatih yang pernah mengajar saya berkata, antara kaki dengan kepala, kepala lagi tepat sebab penjaga gol susah nak selamatkan. Rembatan boleh diselamatkan tetapi dengan tandukan ianya sukar,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan menentang Thailand dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini, Thanabalan menggesa agar rakan sepasukannya memburu kemenangan bagi membalas dendam selepas kecundang 3-0 sewaktu kempen Kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada bulan lalu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wgRS49
© Utusan Melayu (M) Bhd



Thus Article Thanabalan tiada magis

Itulah artikel Thanabalan tiada magis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Thanabalan tiada magis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/thanabalan-tiada-magis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Thanabalan tiada magis"

Catat Ulasan

Loading...