Loading...
Tajuk : Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan
link : Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan
Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan
SEMALAM kita digemparkan dengan pengakuan berani mati Datuk Red berikutan mempunyai ‘skandal’ dengan pelakon yang dikenali sebagai N.
Terkini, penyanyi, Adira Suhaimi tampil memberitahu sudah lali berikutan gosip yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Adnan Abu dan beranggapan lelaki itu sukakan publisiti murahan.
Hmmm… sampai dah lali? Mesti dah kerap kali kena ni…
Menurut Adira, dia kini enggan mengendahkan kontroversi dan menganggapnya hanya sebagai perkara remeh yang sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.
“Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami. Malah, saya tahu mengenai kontroversi ini pun apabila terima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan.
“Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan,” katanya lapor Berita Harian Online.
Tambahnya lagi, Adira mengakui sudah tawar hati untuk mengambil tindakan terhadap setiap kontroversi yang membabitkan suaminya kerana ia sudah acap kali berlaku.
“Kerana pada saya, dia seperti ingin raih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah buka aib sendiri. Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini.
“Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” ujarnya lagi.
Menurut sebuah media tempatan, Datuk Red dikatakan sememangnya mengakui sedang mencari calon isteri ketiga.
Namun pelakon bernama N itu dikatakan tidak menepati citarasa untuk dijadikan isteri.
Hmmm… mungkin inilah rasanya punca pelakon itu bertindak berani membuka rahsia antara mereka kottt…
Haihhh… kalau dah isteri sendiri pun malas nak melayan perangai suami, nampak sangat wanita itu sudah sangat terluka.
Apa-apa pun, diharapkan Adira akan terus tabah serta kuat untuk menghadapi kehidupan mendatang ya! – MYNEWSHUB/AmyMaizura
Thus Article Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan
Itulah artikel Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/adira-anggap-suami-saja-raih-publisiti.html
0 Response to "Adira Anggap Suami Saja Raih Publisiti Murahan"
Catat Ulasan