Loading...

Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Loading...
Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS
link : Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Baca juga


Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS


SEBELUM ini Kementerian Komunikasi dan Multimeda telah mengarahkan semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan siaran lagu popular, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber, mulai 19 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.

Keputusan itu diambil berikutan lirik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai untuk generasi muda kerana ia mengandungi bait-bait lirik kurang sopan.

Susulan pengharaman itu, pengacara program bual bicara popular Amerika Syarikat, James Corden ada membuat sedikit lawak menyentuh tentang isu tersebut dalam rancangannya, The Late Late Show with James Corden, baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, James yang berasal dari United Kingdom secara berseloroh mengatakan sesiapa yang sudah bosan mendengar lagu Despacito, bolehlah berpindah ke Malaysia memandangkan kerajaan telah mengharamkan lagu tersebut daripada dimainkan.

Malah, James secara bergurau juga turut menyatakan dia sudah bosan mendengar lagu tersebut asyik diputarkan di corong-corong radio dan televisyen di sana selain tidak memahami bait-bait lirik dalam lagu yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

Gurauan James itu kemudian mendapatkan tepukan gemuruh daripada penonton yang mungkin juga sudah jelak dengan lagu overplayed tersebut.

Selain program talk show itu, James juga turut dikenali dengan rancangan Carpool Karaoke yang mana ia menjemput penyanyi popular antarabangsa untuk berkaraoke dengan James dalam keretanya.

Setakat ini, artis-artis yang sudah dipelawa berkaraoke bersama ialah Katy Perry, Chris Martin, Bruno Mars, Adele, One Direction dan Ed Sheeran. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Itulah artikel Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/despacito-haram-di-malaysia-jadi-bahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS"

Catat Ulasan

Loading...