Loading...
Tajuk : Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM
link : Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM
Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM
JITRA: Sebuah Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) di Bangunan Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, di Changlun diletupkan dalam cubaan rompakan awal pagi tadi.
Kejadian pada jam 2.40 pagi itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan selepas terlihat kepulan asap keluar dari bangunan terbabit..
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, sebaik menerima laporan sebuah sebuah kereta peronda telah dikerah ke lokasi kejadian.
Katanya setelah tiba polis terlihat kepulan asap keluar dari ruang bilik yang menempatkan mesin ATM terbabit.
Suspek disyaki menggunakan bom buatan sendiri dengan diselitkan pada bahagian pintu mesin ATM untuk tujuan diletupkan.
Bagaimanapun katanya bom yang digunakan gagal untuk memecahkan pintu mesin ATM terbabit..
Hasil siasatan forensik mendapati terdapat beberapa kesan hangus disyaki belerang pada sebelah kiri mesin ATM dan juga pintu mesin ATM
Polis juga menemui beberapa butir bebola besi kecil dipercayai digunakan untuk membuat bom.
Bagaimanapun bahan yang digunakan untuk membuat bom gagal ditemukan di tempat kejadian..
Polis sedang meneliti rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti suspek.
Kes disiasat mengikut seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – Astro Awani
Thus Article Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM
Itulah artikel Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/perompak-guna-bom-buatan-sendiri-letup.html
0 Response to "Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM"
Catat Ulasan