Loading...

Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008

Loading...
Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008
link : Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008

Baca juga


Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008



ARKIB : 04/04/2006

KUANTAN - Bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim disebut-sebut akan kembali berkhidmat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah badan induk itu membuat keputusan untuk menggunakan kepakaran tenaga tempatan.

Bagaimanapun, berbanding tugasnya selaku jurulatih skuad senior sebelum ini, Abdul Rahman kini dicalonkan untuk membimbing skuad remaja yang akan terlibat dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Abdul Rahman, yang kini direhatkan daripada membimbing skuad Liga Super Perlis kerana kemerosotan prestasi pasukan, adalah antara empat calon yang disebut oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad akan dilantik sebagai jurulatih skuad Olimpik negara.

Selain Abdul Rahman, yang tidak disambung khidmatnya sebagai jurulatih skuad senior selepas kontraknya tamat pada 2001, Ibrahim juga menyebut nama jurulatih Selangor, Dollah Salleh; jurulatih Telekom Melaka, Irfan Bakti dan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan.

``Semua calon ini ada potensi,'' kata Ibrahim tanpa mengulas lanjut.

Menurut Ibrahim, calon yang terpilih akan diumumkan minggu ini bagi mengisi tempat yang kini dikendalikan sementara oleh pengarah teknikal FAM, Robert Alberts yang juga bekas jurulatih Kedah dari Belanda.

``Banyak kali media mencadangkan agar kami tidak menggunakan orang luar, kali ini kami akan cuba dengan jurulatih tempatan,'' kata Ibrahim semasa menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengelola pusingan kelayakan Kejohanan Futsal Asia.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2t2Puiu
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008

Itulah artikel Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/rahman-calon-jurulatih-skuad-olimpik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rahman calon jurulatih Skuad Olimpik 2008"

Catat Ulasan

Loading...