Loading...

Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee

Loading...
Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee
link : Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee

Baca juga


Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee



Jumaat, 18 Ogos 2017 | 5:25pm
JURULATIH skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my       

SHAH ALAM: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan tahap kecergasan tiga tonggak pertahanan menjelang pertemuan menentang Myanmar dalam kempen Kumpulan A, di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

Kim Swee menerapkan formasi 3-4-3 dalam dua aksi awal, ketika menang 2-1 ke atas Brunei dan Singapura - menyaksikan tiga pemain pertahanan, Adib Zainuddin, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin sudah beraksi lebih 180 minit.

Bagaimanapun, bekas pengendali Harimau Malaya itu percaya pemainnya memiliki tempoh rehat yang cukup untuk kembali di tahap terbaik sebelum berdepan Myanmar.

"Tiada pemain yang cedera ketika ini. Adib, Irfan dan Adam sedikit keletihan selepas beraksi dalam dua perlawanan tetapi itu bukan masalah kerana kita ada tempoh rehat yang mencukupi," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Kim Swee sudah menggunakan 20 pemainnya dalam dua perlawanan termasuk pemain paling muda, Akhyar Rashid yang masuk pada 10 minit terakhir ketika bertemu Singapura, kecuali pemain pertahanan, Syazwan Zaipol yang masih belum diuji.

"Saya sudah ada bayangan skuad terbaik untuk beraksi menentang Myanmar tetapi saya masih menilai prestasi semua pemain. Setakat ini saya sempat menurunkan semua pemain, kecuali Syazwan," katanya.

Kemenangan ke atas Myanmar cukup penting untuk menjamin tempat ke separuh akhir serta berpeluang untuk muncul juara kumpulan A, namun ia bukan tugas mudah menentang skuad naib juara edisi terakhir di Singapura itu.

"Kita perlu perbaiki kelemahan, memang pertahanan kita dibolosi dua gol sebelum ini atas kesilapan sendiri.

"Bahagian serangan juga perlu lebih tajam untuk memanfaatkan peluang supaya kita tidak tertekan," kata Kim Swee yang membimbing skuad muda negara memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta pada 2011.
Sumber berita Harian online Jumaat, 18 Ogos 2017 | 5:25pm


Thus Article Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee

Itulah artikel Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/pemain-sempat-cergas-temu-myanmar-kim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain sempat cergas temu Myanmar: Kim Swee"

Catat Ulasan

Loading...