Loading...

Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee

Loading...
Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee
link : Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee

Baca juga


Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee



Ahad, 13 Ogos 2017 | 4:22pm
 
KETUA Jurulatih B22 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (kiri) memberi arahan kepada pemain ketika sesi latihan di padang Sime Darby FC Bukit Jelutong menjelang perlawanan pertama Group A menentang Brunei esok di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan
Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my       

KUALA LUMPUR: Tiga mata penuh seharusnya menjadi milik skuad bawah 22 tahun (B-22) negara apabila mereka turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam, malam esok.

Justeru, ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak buat 'hal' di dalam padang supaya insiden dua tahun lalu di Singapura tidak berulang.

Pada Sukan SEA Singapura 2015, Malaysia bergelut untuk menundukkan pasukan kerdil Timor Leste dalam perlawanan pertama selepas dikerah beraksi dengan 10 pemain hampir sejam apabila pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah kerana meludah pemain lawan.

Gara-gara tindakan itu, Nazmi digantung enam perlawanan dan terus dihantar pulang sekali gus menyebabkan Kim Swee kehilangan seorang pemain bagi mengharungi baki saingan peringkat Kumpulan B.

"Pada kelayakan Kejuaraan B-23 AFC di Bangkok, pemain hanya mendapat dua kad kuning, ini menunjukkan pemain kita semakin berdisiplin dan saya harap perkara ini berterusan tapi kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku di dalam padang.

"Saya tak nak lagi perkara atau insiden yang sama berlaku seperti di Singapura yang menjejaskan kekuatan kita dari segi pemilihan pemain," katanya.

Malaysia tidak ada masalah menewaskan Brunei 2-0 dalam saingan Kumpulan B di Singapura, namun mereka gagal mara ke separuh akhir apabila hanya menamatkan kempen di tangga ketiga di belakang Thailand dan Vietnam.

Kim Swee berjaya membimbing pasukan juara pada 2011 di Jakarta, namun gagal dalam dua edisi seterusnya di Myanmar dan Singapura.

Untuk kali ini, beliau percaya semangat anak buahnya agak berbeza apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

"Perlawanan dengan Brunei bukan mudah seperti yang kita lalui ketika menewaskan mereka pada edisi sebelum ini. Saya tidak boleh pilih pasukan mana yang paling sukar kerana kami akan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan kerana semua pasukan buat persediaan rapi.

"Sebagai pasukan tuan rumah sudah pasti kami mahu layak beraksi ke final," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Selain Brunei, skuad B-22 negara akan berdepan Singapura, Myanmar dan Laos dalam mencari tiket ke separuh akhir.
 Sumber berita Harian online Ahad, 13 Ogos 2017 | 4:22pm


Thus Article Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee

Itulah artikel Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/jangan-buat-hal-malam-esok-kim-swee.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan buat 'hal' malam esok: Kim Swee"

Catat Ulasan

Loading...