Loading...

[GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN

Loading...
[GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN
link : [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN

Baca juga


[GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN

BEKAS pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Foto BERNAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.40 petang Selasa untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel berkenaan antara 2014 dan 2015 itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil keterangan yang telah dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

"SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," kata Azam.

Terdahulu, bekas pembantu khas Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

Dilaporkan, FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

- mstar


Thus Article [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN

Itulah artikel [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/gempar-skandal-fic-isa-samad-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN"

Catat Ulasan

Loading...