Loading...
Loading...
- kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk , Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk :
link :

Baca juga


Penerbangan AirAsia dibatalkan, penumpang cuba ceroboh kokpit

 | July 18, 2017
Penumpang pesawat itu berkata, suspek yang disyaki mengambil alkohol dan dadah sebelum menaiki pesawat, bertindak menendang dan memukul pintu kokpit dengan kuat.
air-asia-cockpit-drunk

PETALING JAYA: Sebuah pesawat AirAsia yang sepatutnya berlepas dari Bali ke Kuala Lumpur semalam terpaksa dibatalkan, apabila seorang penumpang yang disyaki mengambil alkohol dan dadah sebelum menaiki pesawat, cuba menceroboh ruang kokpit sejurus sebelum pesawat berlepas dari lapangan terbang.

China Press melaporkan Penerbangan AK379 dijadualkan berlepas dari Bali pada 7.10 malam dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.10 malam.

Akhbar itu memetik seorang penumpang bersama 12 rakannya sebagai berkata, mat salleh berusia kira-kira 40 tahun itu tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan meluru ke arah kru sebelum menjerit mengarahkan pesawat berhenti dan berpatah balik.

Katanya, kru cuba menghalang suspek, tetapi lelaki itu bergelut dan berlari ke arah kokpit.

“Suspek menendang dan memukul pintu kokpit dengan kuat menyebabkan semua penumpang terkejut serta tidak tahu hendak berbuat apa.”

Saksi itu berkata, disebabkan keseriusan kejadian itu, juruterbang segera mengurangkan kelajuan pesawat dan berpatah balik ke lapangan terbang.

Katanya, polis Bali kemudiannya menahan suspek di dalam pesawat.

Akhbar itu memetik kakitangan AirAsia di Bali sebagai berkata, semua penumpang akan bermalam di hotel.

Difahamkan, ketika kejadian itu, pesawat berkenaan penuh dengan penumpang yang dianggarkan sekitar 150 orang.

Ini adalah kejadian ke-2 penumpang cuba menceroboh ruang kokpit membabitkan syarikat penerbangan Malaysia.

Pada 31 Mei lalu, pesawat Malaysia Airlines dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine selepas seorang penumpang warga Sri Lanka cuba menceroboh ruang kokpit Penerbangan MH128.

Manodh Marks, 25, yang dilaporkan mempunyai masalah mental berjaya dikawal anak kapal, selepas mengancam mahu meletupkan pesawat itu dengan bom yang didapati hanya sebuah speaker.

Marks kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne mengikut Akta Jenayah Penerbangan Commonwealth 1991 kerana secara semberono membahayakan keselamatan pesawat, membuat ancaman atau keterangan palsu dan mengancam untuk memusnahkan, merosakkan dan membahayakan keselamatan pesawat atau membunuh atau mencederakan penumpangnya.



Thus Article

Itulah artikel Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/penerbangan-airasia-dibatalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " "

Catat Ulasan

Loading...