Loading...

Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Loading...
Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan
link : Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Baca juga


Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

OLEH LIZAWATI MADFA

DNS 2017


SHAH ALAM: Selangor sama sekali tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan dicadang Kerajaan Persekutuan kerana bakal membawa lebih banyak impak negatif terhadap ekonomi serta sektor pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Elizabeth Wong berkata, pelaksanaan cukai itu memberi kesan kepada terhadap jualan bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang.

Katanya ia juga menyebabkan kenaikan kos lawatan melancong, seterusnya membantutkan perkembangan pelancongan di Selangor.

“Kerajaan Persekutuan dianggarkan bakal mengutip RM654.6 juta setahun hasil Cukai Pelancongan tetapi ke mana ia akan dibelanjakan masih kabur.

“Sehingga kini, kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih RM41 bilion setahun juga masih gagal dipastikan ke mana ia dibelanjakan,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berhubung pendirian Kerajaan Negeri berhubung cukai berkenaan.

Elizabeth berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya memberikan jaminan bahawa hasil dikutip disalur terus bagi membina atau menambah baik infrastruktur pelancongan.

“Kerajaan Negeri syorkan semua hasil dikutip Jabatan Kastam daripada hotel di Selangor disalurkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk membantu secara langsung sektor perhotelan dan pelancongan negeri ini,” katanya.=EZY=



Thus Article Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Itulah artikel Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tak-setuju-pelaksanaan-cukai-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...