Loading...

29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

Loading...
29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana
link : 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

Baca juga


29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

OLEH LIZAWATI MADFA

DNS 2017

SHAH ALAM: Sebanyak 29 hotel bertaraf empat dan lima bintang di Selangor dijangka terjejas dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna , Elizabeth Wong berkata, ia membabitkan sejumlah 7,121 bilik ditawarkan di kesemua hotel berkenaan.

Katanya, 29 hotel itu juga dijangka menjana pendapatan RM99,694 sehari dan RM36.4 juta setahun, dengan anggaran 70 peratus dihuni.

“Pelaksanaan cukai ini juga dijangka memberi kesan kepada harga bilik hotel dalam pasaran.

“Hotel kebiasaannya sudah menjelaskan cukai tertentu, ditambah lagi dengan cukai terbaru, kos semestinya akan bertambah,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee berhubung kesan terhadap hotel di Selangor.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri menggesa agar satu sistem dan hala tuju lengkap disediakan bagi pelaksanaan cukai berkenaan.

“Buat masa ini, Sarawak pun menggesa pelaksanaannya ditangguhkan sebab menyedari ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Kita percaya, sesuatu yang dilaksanakan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam masa singkat selalunya tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan tambahan ADN Kinrara, Ng Sze Han berhubung keupayaan Kerajaan Negeri untuk menangguhkan hasrat Kerajaan Persekutuan itu.=EZY=



Thus Article 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

Itulah artikel 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/29-hotel-4-dan-5-bintang-terjejas-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana"

Catat Ulasan

Loading...