Loading...

Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya

Loading...
Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya
link : Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya

Baca juga


Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya

Image result for Tabayyun


Zaman teknologi kini, masyarakat terdedah dengan pelbagai medium yang membolehkan kita mengetahui apa jua jenis maklumat hanya di hujung jari sahaja. FacebookTwitterYou Tube dan lain-lain lagi media massa kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana.
Sungguhpun begitu, tidak semua maklumat yang terkandung di dalamnya perlu kita percaya bulat-bulat. Kadang, ada yang ingin menjatuhkan individu tertentu kerana sikap hasad dengki lalu diolah cerita yang kurang enak mengenainya dan disebarkan ke dalam media sosial. Inilah yang sering terjadi dalam masyarakat hari ini.
Lupakah kita dengan ayat Al-Quran yang meminta kepada kita agar selidik terlebih dahulu atau bahasa lainnya disebut sebagai ‘tabayyun’ tatkala menerima sesuatu berita yang tidak diketahui sumbernya. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kau telah lakukan.”(Al-Hujurat : 6)
Imam al-Syaukani rahimahullah berkata;
“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, yang dimaksudkan dengan ‘tathabbut’ adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”(Fathul Qadir 5/65)
Tahukah kita, kegagalan mengamalkan tabayyun ini dibimbangi akan mendatangkan kesan yang buruk dalam kalangan masyarakat. Apakah kesan tersebut? Berikut adalah lima daripadanya;

#1 – Berlaku Fitnah

Berlakunya fitnah atau mengadu domba yang akhirnya akan menyebabkan ikatan persaudaraan sesama Muslim itu terlerai dan berpecah dengan sendirinya.

#2 – Keretakan Institusi Kekeluargaan

Menyebabkan keretakan institusi kekeluargaan yang dibina, apabila ia melibatkan hubungan antara suami dan isteri.

#3 – Jauh Daripada Cara Hidup Islam

Menjauhkan diri daripada amalan atau cara hidup Islam yang sebenarnya. Ini kerana Islam amat mengambil berat perkara ini apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diketahui asal usulnya.

#4 – Imej Yang Tidak Baik

Memberikan imej yang tidak baik dalam kalangan komuniti bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri, jika hal yang berlaku melibatkan hal ehwal sesama Muslim.

#5 – Terjejasnya Hubungan Antara Negara

Mengakibatkan terjejasnya hubungan antara negara, selain memburukkan imej negara yang terlibat, jika ia melibatkan hal ehwal negara kita dan negara luar.
Sungguhpun begitu, kesan mahupun akibat buruk seperti di atas ini masih boleh diatasi jika kita sebagai individu Muslim ada rasa kebertanggungjawaban dan saling beringat akan saranan dan firman Allah SWT yang tersebut di atas. Sungguh, kehidupan kita di muka bumi ini sudah diatur oleh Allah SWT dan kita hanya perlu menurutinya sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus.(al-Isra’: 9)
Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
Sumber : https://tazkirah.net


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral


Thus Article Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya

Itulah artikel Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tabayyun-amalan-yang-semakin-terhakis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya"

Catat Ulasan

Loading...