Loading...

Aidil tukar posisi

Loading...
Aidil tukar posisi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aidil tukar posisi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aidil tukar posisi
link : Aidil tukar posisi

Baca juga


Aidil tukar posisi



ARKIB : 15/04/2006

KUALA LUMPUR - Ketua pasukan, Aidil Zafuan Razak bertukar sebagai pemain tengah bertahan dari posisi asalnya, pertahanan apabila skuad Bawah 20 Tahun negara membuka tirai persaingan bola sepak Piala Singapura, malam ini.

Perubahan bagi menghadapi Balestier Khalsa itu dilakukan oleh jurulatih, K. Rajagopal berikutan kehilangan tonggak tengah, Bunyamin Omar dan Safiq Rahim selepas menjalani pembedahan ligamen lutut.

``Tempat Aidil Zafuan akan diambil alih oleh K. Gurusamy yang sebelum ini bermain sebagai pertahanan tengah,'' kata Rajagopal menjelang perlawanan pusingan pertama kalah mati di Stadium Toa Payoh itu.

``Pemain berkenaan mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri tetapi saya agak bimbang kalau-kalau ada lagi yang ditimpa kecederaan pada perlawanan ini,'' katanya.

Menurutnya, Balestier Khalsa bakal menjadi lawan yang mencabar anak didiknya selain sebagai persediaan tepat dalam menghadapi misi penting, Kejohanan Belia Asia di Kolkata, Oktober ini.

``Selain jauh berpengalaman, kelab Singapura itu akan menggunakan pemain import sekali gus berupa satu ujian sebenar untuk pasukan kita,'' kata bekas jurulatih sementara skuad kebangsaan, Selangor dan Kelantan ini.

Tegasnya, skuad Bawah 20 Tahun negara juga tidak gentar untuk turun memberikan tentangan mahupun bimbang bakal dibelasah teruk oleh kelab yang menduduki tempat ketiga tercorot dalam Liga Singapura ketika ini.

Belia Malaysia memiliki rekod yang agak baik dalam dua perlawanan persahabatan, bulan lalu dengan hanya tewas 0-1 kepada Bawah 23 Tahun republik itu sebelum membelasah Bawah 21 Tahun mereka 4-1 di sana.

Selepas ini, anak didik Rajagopal akan berlepas ke England dan Slovakia bagi siri perlawanan persahabatan pada akhir bulan ini sebelum menyertai sebuah kejohanan dengan kelab di Brazil pada Julai.

Skuad Bawah 20 Tahun Malaysia

Penjaga gol: Amini Ahmad Tabarani, Hadi Hamid, Khairul Fahmie Che Mat.

Pertahanan: Sabre Mat Abu, Arif Fazlie Saidin, Fauzi Ariffin, Hardy Charles Parsi, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Razak, Ebby Roy Raymond, Azrul Azmi.

Tengah: K. Gurusamy, Irfan Ghani, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Khyril Muhymeen Zambri, Farid Ramli, Asraruddin Putra Omar, Shahrizal Saad, Faizol Hussain.

Penyerang: Zaquan Adha Razak, Farderin Kadir, Taufiq Akhir, Wan Alif Jasmi, Shafiq Jamal

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2taGDLd
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Aidil tukar posisi

Itulah artikel Aidil tukar posisi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aidil tukar posisi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/aidil-tukar-posisi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aidil tukar posisi"

Catat Ulasan

Loading...