Loading...

Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !

Loading...
Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !
link : Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !

Baca juga


Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !


BERA: Foto seorang lelaki dipercayai tidak sedarkan diri dan terkunci dalam kereta di persimpangan lampu isyarat pagi semalam, menjadi tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian itu disedari orang ramai sekitar jam 7 pagi sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu mengeluarkan lelaki terbabit.

Menurutnya, lelaki berusia 31 tahun itu yang juga  dipercayai seorang anggota tentera berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Keprihatinan orang ramai membantu menyalurkan maklumat mempercepatkan proses mengeluarkan lelaki itu oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai mabuk, dan telah dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat atau spekulasi mengenai kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya faham, orang ramai ingin bantu terutamanya untuk cari waris lelaki terbabit. Namun, tindakan segelintir pengguna menimbulkan spekulasi tidak benar yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

“Jadi, saya harap, orang ramai memanfaatkan teknologi ini dengan betul demi kesejahteraan bersama,” katanya. #sumber


Thus Article Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !

Itulah artikel Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/seorang-lelaki-di-percayai-mabuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Lelaki Di Percayai Mabuk, Terkunci Dalam Kereta Sendiri Di Bera !"

Catat Ulasan

Loading...