Loading...

EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan

Loading...
EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan
link : EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan

Baca juga


EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan


LUMUT: Kapal muzium EX Kapal Diraja (KD) Rahmat yang mengalami kebocoran sehingga menyebabkan struktur kapal itu senget dan hampir tenggelam di pesisir Marina Waterfront, Lumut, sudah ditegakkan semula jam 4 pagi hari ini.

Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, ia hasil pelaksanaan kerja peringkat fasa pertama iaitu mengepam air keluar dari kapal secara berterusan sejak kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati air dipercayai masuk melalui beberapa bahagian atau injap yang lama dan sudah rosak, paip patah dan beberapa kerosakan lain.

"Usaha yang dilakukan secara berterusan selama 24 jam menunjukkan perubahan yang sangat baik dan EX KD Rahmat berjaya ditegakkan semula seperti asal.

"Ia bukan satu yang mudah kerana memerlukan kerja yang teratur dan dilakukan dengan tenaga pakar teknikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya pada sesi lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke kapal berkenaan hari ini.

Mohamad Roslan berkata, setakat ini keadaan terkawal dan pihaknya melalui penyelam TLDM mengenal pasti bahagian yang bocor dan ada beberapa bahagian sudah ditampal di luar dan bahagian dalam kapal.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri melalui sebuah jawatankuasa khas akan berbincang dengan TLDM dalam memastikan kedudukan dan hala tuju EX KD Rahmat.

Katanya, kapal berkenaan menjadi antara tarikan di bandar Lumut sebagai Bandar Tentera Laut yang dirancang ketika di bawah kepemimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

"Pada ketika itu, kerajaan negeri telah membuat penilaian kos sama ada mampu atau tidak dan akhirnya kerajaan negeri menggunakan pendekatan hubungan strategik antara pihak swasta dan kerajaan," katanya.

Zambry berkata, susulan kejadian itu, Syarikat Plus Asiajaya Perak juga sudah mengesahkan untuk bertanggungjawab dalam situasi ini termasuk kos. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rwKZuJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan

Itulah artikel EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ex-kd-rahmat-berjaya-ditegakkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "EX KD Rahmat Berjaya Ditegakkan"

Catat Ulasan

Loading...