Loading...
Tajuk : Selesaikan segera masalah air
link : Selesaikan segera masalah air
Selesaikan segera masalah air
Wartawan Sinar HarianRoslan (tiga, kiri) menyerahkan memorandum berhubung gangguan bekalan air bersih di kawasan Padang Tengku kepada Rozman di Pejabat Paip Lipis, kelmarin.
Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Lipis, Roslan Zainal berkata, bantuan berbentuk kewangan yang sewajarnya perlu diberikan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Lipis untuk meningkatkan keupayaan sistem bekalan air.
“Ia termasuklah peruntukan khas menggantikan saluran paip di bandar lama Kuala Lipis yang sudah terlalu lama digunakan iaitu sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Jadi, Pas menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya memperkasakan keupayaan PAIP selepas entiti tersebut diperbadankan pada 2012.
“Paip juga perlu meningkatkan sistem bekalan air untuk jangka panjang bagi menampung keperluan yang semakin bertambah ekoran perkembangan sosioekonomi setempat,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Penolong Pengurus Daerah Bahagian Korporat, Paip Lipis, Rozman Razali.
Majlis serahan memorandum berhubung masalah gangguan bekalan air membabitkan kawasan Padang Tengku yang berlarutan sejak seminggu lalu itu turut dihadiri YDP Pas Lipis, Jamaludin Wahid dan YDP Pas Cameron Highlands, Abd Karim Nor.
Roslan berkata, Paip Lipis sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air bersih sekitar Padang Tengku berpunca dari kerosakan pam di loji Bukit Betong yang menyebabkan kapasiti air diproses dan dihantar kepada pengguna tidak mencukupi dan diselesaikan segera.
“Gangguan bekalan air memberi tekanan kepada penduduk terutama yang menyambut Aidilfitri.
“Selain itu, peniaga makanan di Padang Tengku juga terpaksa guna kertas untuk menghidangkan makanan kerana mereka mengalami kesukaran ekoran tiada air bersih untuk mencuci pinggan mangkuk,” katanya.
Thus Article Selesaikan segera masalah air
Itulah artikel Selesaikan segera masalah air Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Selesaikan segera masalah air dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/selesaikan-segera-masalah-air.html
0 Response to "Selesaikan segera masalah air"
Catat Ulasan