Loading...
Tajuk : PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD
link : PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD
PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD
JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pulai menolak sekeras-kerasnya proses untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ketua Bahagiannya, Ya’cob Atan, berkata kerajaan tidak seharusnya menurut kehendak sesetengah pihak untuk bersetuju menandatangani ICERD kerana umum sedia maklum Malaysia sudah memiliki kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Malaysia tidak memerlukan ICERD atau mana-mana konvensyen dari negara luar yang secara langsung menunjukkan kita tidak boleh membuat undang-undang sendiri sehingga terpaksa mengguna pakai perundangan luar.
“Jika Malaysia menandatangani ICERD, jelas menunjukkan negara ini mengamalkan diskriminasi kaum sedangkan selama ini tidak berlaku pun perkara itu dan kita tidak kira bangsa hidup aman dan damai sejak merdeka.
“ICERD jelas menghina Raja Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu serta kewibawaan masyarakat Melayu yang selama ini mempersetujui kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ya’cob berkata, BERSATU Bahagian Pulai akan menyerahkan memorandum bantahan ICERD kepada Setiausaha Agung parti esok bagi membolehkan pucuk pimpinan maklum mengenai isu berkenaan. - BH
Thus Article PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD
Itulah artikel PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/ppbm-pulai-menolak-keras-icerd.html
0 Response to "PPBM Pulai MENOLAK KERAS ICERD"
Catat Ulasan