Loading...
Tajuk : Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka
link : Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka
Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka
SALAH seorang daripada pengedar dadah terbesar di Amerika Selatan, Luiz Carlos da Rocha, yang melarikan diri daripada buruan polis selama 30 tahun akhirnya berjaya ditangkap meskipun dia sudah menjalani pembedahan plastik bagi mengubah mukanya.
Luiz atau dikenali sebagai White Head, ditangkap di Mato, demikian lapor pihak berkuasa Brazil.
Penjenayah yang dianggarkan bernilai RM422 juta itu, telah menukar nama kepada Vitor Luiz de Moraes sebaik sahaja menjalani pembedahan plastik.
Namun dia yang hidup dengan bersembunyi itu berjaya juga ditangkap. Dia didakwa mengetuai rangkaian kokain dan menghasilkan dadah di hutan di Bolivia, Colombia serta Peru.
Rangkaian pengedaran dadahnya itu turut melibatkan Amerika Syarikat dan Eropah.
Dadah berkenaan akan diterbangkan dengan pesawat ringan dari makmal dadah melalui ruang udara Venezuela sebelum dihantar ke kawasan pedalaman di Brazil.
Dari situ, dadah tersebut akan dihantar melalui lori ke bandar besar Brazil dan melalui kapal laut untuk ke luar negara.
Dia dikatakan menyimpan RM556 juta harta kekayaan dalam bentuk aset dan deposit di akaun pesisir pantai. – Mynewshub.cc
Thus Article Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka
Itulah artikel Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pengedar-dadah-ditangkap-meskipun-tukar.html
0 Response to "Pengedar Dadah Ditangkap Meskipun Tukar Muka"
Catat Ulasan